Sejarah Sekolah

PADA AWALNYA, TAPAK SEKOLAH INI IALAH UNTUK PEMBINAAN SRK GITA.
TAPI MALANGNYA, PADA TAHUN 80-AN, INFRASTRUKTUR KAWASAN INI TIDAK MENGIZINKAN KERANA KAWASAN INI BERPAYA DAN JALANRAYA TIDAK MEMUASKAN.

MAKA SRK GITA DIPINDAHKAN DI KAWASAN TAMAN SEJOLI. TAPAK SK GITA DAN SEKOLAH, INI TELAH DIUSAHAKAN OLEH ALLAHYARHAM TAN SRI DR SULAIMAN DAUD SEMASA BELIAU MENJADI MENTERI PELAJARAN® PADA KETIKA ITU, DAN SEKALIGUS KAWASAN P194 ADALAH KAWASAN PILIHAN RAYA BELIAU.

KELUASAN TANAH SEKOLAH INI IALAH 8745.0 METER PERSEGI (2.6 EKAR). KOS PEMBINAANNYA IALAH RM 16 JUTA. DIBUKA DAN BEROPERASI SEPENUHNYA PADA 5 JANUARI 2009. TUJUAN PEMBINAAN BAGI MENGURANGKAN KESESAKAN MURID DI SK GITA, JALAN SEMARAK.

PADA AWALNYA SEKOLAH INI MENGGUNAKAN NAMA SK GITA NO 2. KEMUDIANNYA DITUKAR KEPADA SK TAN SRI DR SULAIMAN DAUD PADA 22 APRIL 2016.

PADA 22 APRIL 2016 MAKA LAHIRLAH NAMA SK TAN SRI DR SULAIMAN DAUD. NAMA SEKOLAH INI DIPILIH ATAS PERSETUJUAN ANAK (WARIS) ALLAHYARHAM TAN SRI DATUK AMAR DR SULAIMAN DAUD IAITU DR MAHATHIR BIN SULAIMAN BAGI MENGENANG JASA DAN PERKHIDMATAN
BELIAU YANG CEMERLANG SEMASA MENJADI MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DAN WAKIL RAKYAT KAWASAN P194.
Scroll to Top
×