Soalan Lazim
Bagaimana untuk mengisi borang Pindah Dalam Daerah atau Luar Negeri?
Memerlukan 5 Salinan dan 5 Salinan Dokumen yang penting untuk dihantar ke PPD, JPN dan Sekolah yang hendak ditukarkan. Akan disahkan Oleh Tuan GB dan akan ajukan kepada PT untuk Tindakkan lanjut.
Apakah itu Borang ASBS
Borang ASBS adalah untuk pendaftaran lewat pelajar. Boleh dimuat turunkan dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.
Borang pengesahan Murid/Pelajar
Untuk kegunaan mengesahkan murid yg bersekolah di SK Tan Sri Dr Sulaiman Hj Daud.
Cuti Rehat Khas
Cuti Rehat Khas (CRK) adalah cuti khusus yang diperuntukkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Malaysia. CRK juga merupakan satu insentif khas untuk kemudahan khususnya guru-guru di sekolah. CRK layak dinikmati oleh semua PPP yang sedang mengajar di sekolah atau institusi mahupun yang diberi kemudahan cuti penggal atau semester. Guru sandaran, guru interim dan guru berstatus kontrak juga layak memohon CRK.
Bermula 1 September 2022, CRK bagi guru adalah sebanyak 15 hari bagi yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Sebelum ini CRK hanyalah 7 hari, yang kemudian dinaikkan kepada 10 hari.
Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata bagi tujuan-tujuan berikut:
✅menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia;
✅mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
✅dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
✅menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
✅mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
✅menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
✅menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
✅perkahwinan pegawai atau anak pegawai.
Syarat-syarat permohonan Cuti Rehat Khas adalah seperti berikut:
✅Bilangan hari CRK yang layak diambil oleh guru adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan.
✅Guru boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan oleh guru besar atau pengetua di sekolah masing-masing.
✅CRK adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja.
✅Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi boleh dikumpulkan kepada GCR.
What is your return policy?
We have a 30-day return policy. If you are not satisfied with your purchase, you can return it for a refund or exchange within 30 days of receiving your order. Please reach out to our customer service team to initiate the return process.
Can I track my order?
Yes, once your order has been shipped, you will receive a tracking number via email. You can use this tracking number to track the progress of your shipment on our website or the courier’s website.
Attachments
-
Borang Pindah Antara Negeri
File size: 929 KB Downloads: 23