PRASEKOLAH

SEJARAH PRASEKOLAH

                Prasekolah SK Tan Sri Dr Sulaiman Haji Daud, Kuching pada mulanya dibuka kepada umum pada tahun 2009 berdasarkan pendapatan isi rumah di bawah RM 500.00 sahaja. Program pendidikan prasekolah ini dikendalikan dibawah Pejabat Pendidikan Daerah Kuching dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun.

               Bangunan Prasekolah ini dibuka pada tahun 2009 dengan kapasiti seorang guru, seorang PPM dan 25 orang murid. Prasekolah ini dalam Kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara dan ianya terletak di dalam kawasan Gita, Jalan Matang di bawah DUN N.6 Tupong dan P.194 Parlimen Petra Jaya.

                Pada tahun 2016, berlaku perluasan kelas tanpa kos prasekolah SK Tan Sri Dr Sulaiman Hj Daud iaitu terdiri daripada 2 buah kelas, 2 orang guru, 2 orang ppm serta 50 orang murid prasekolah yang datang dari pelbagai latar belakang. Matlamat penubuhan prasekolah adalah satu usaha berterusan kearah lebih meperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

             Prasekolah ini menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang merangkumi pelbagai pendekatan strategik bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan serta menggembirakan kanak-kanak berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah kebangsaan.

Scroll to Top
×